Pembedahan LASIK di rumah?

2009 Mac 6
by azuaries
Mudah kan?

Mudah kan?

Ini penemuan baru! Buat pembedahan LASIK di rumah dan kamu dapat dunia dengan jelas tanpa kaca mata. Wow…lepas ni kita perlu lagi tunggu berjam-jam di hospital sebelum pembedahan LASIK. Tak perlu doktor lagi untuk titiskan ubat bius dan pancarkan laser pada mata kamu. Cuma beli alat ini, LASIK@Home, kamu boleh buat sendiri di rumah. Harga sangat murah berbanding pembedahan di hospital.

 

Kamu percaya?

Hahaha…..it’s just a joke guys.

Mana ada benda-benda ni.

Kalo ada dah lama dah aku cuba.

 

Sebenarnya aku ingin war-warkan di sini, kat UIA Kuantan dah ada pembedahan LASIK. Walaupun dah lama ada, tapi tak ramai yang tahu. Ye..? Apa tu LASIK?

 

LASIK ialah satu pembedahan refraktif (pembetulan masalah penglihatan) di mana bentuk kornea mata diubah supaya mata dapat fokus dengan jelas tanpa memakai cermin mata. 

 

 

Siapakan yang layak untuk jalani pembedahan LASIK?

Syarat utama ialah berumur melebihi 18 tahun, mempunyai kesihatan yang baik dan kesihatan mata yang baik. Mereka yang hamil dan menyusu tidak sesuai kerana perubahan hormon menyebabkan ketidakstabilan status refraksi mata mereka.

Apakah jenis rabun yang boleh dirawat menggunakan LASIK?

Rabun jauh, dekat dan astigmatisma atau silau. Kebiasaannya mereka yang jumlah ‘power’ mata yang tinggi lebih sesuai.

 

Berapa cepat seseorang yang menjalani Lasik dapat melihat dengan jelas tanpa cermin mata?

Kebanyakan pesakit dapat melihat sebaik saja selepas kaedah Lasik dan keesokannya individu itu dapat melakukan aktiviti biasa. Walaupun penyembuhan mata berlainan di kalangan pesakit, kebanyakannya mengalami perubahan dramatik beberapa hari selepas menjalani kaedah Lasik.

Apakah risiko Lasik?

Sememangnya ada risiko pada rawatan Lasik. Bagaimanapun, kemungkinan untuk mendapat kesan sampingan yang mengganggu penglihatan seperti dilaporkan di dalam kajian klinikal sangat sedikit. Harus diingat, berjuta-juta orang mendapat manfaat daripada Lasik.

Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah air mata kering, komplikasi flap ketika pembedahan, silau pada waktu malam dan pembetulan rabun yang kurang tepat.

Apakan kebaikan Lasik?

Lasik berjaya mengurangkan kebergantungan kepada cermin mata dan kanta lekap. Namun, kadar pemulihan kepada ketajaman penglihatan yang baik bergantung kepada kadar kerabunan dan kadar pemulihan mata seseorang.

Kemungkinan mendapat ketajaman penglihatan yang selamat untuk memandu adalah setinggi 96 hingga 99 peratus bergantung kepada kadar kerabunan.

Ini bererti seseorang tidak perlu cermin mata untuk aktiviti seperti memandu, bersukan, menonton televisyen, wayang atau bekerja dalam bidang yang memerlukan ketajaman penglihatan seperti polis dan bomba.

Adakah Lasik menyakitkan?

Kebanyakan pesakit berasa kurang selesa tetapi tidak sakit. Bagi kebanyakan orang, perasaan takut dan bimbang adalah lebih teruk daripada prosedur Lasik itu sendiri.

Ubat bius titis diletakkan ke dalam mata sebelum prosedur Lasik. Selepas prosedur Lasik, anda merasa seperti bendasing di dalam mata dan kurang selesa selama beberapa jam. Gangguan ini hilang selepas anda tidur beberapa jam. Anda diberi ubat titis untuk mencegah mata menjadi kering beberapa hari selepas prosedur Lasik.

 

Kos pembedahan LASIK di UIA jauh lebih murah jika di bandingkan dengan tempat lain. Pemeriksaan pre dan post pembedahan sangat teliti dah menyeluruh. Ini penting bagi memastikan tiada komplikasi kelak.

RM3000 untuk kedua-dua belah mata. Ini di UIA.

Tempat lain kosnya boleh mencecah RM10,000.

 

En.C ingin berkongsi dengan kamu,

En.C pernah ‘menemuramah’ seorang pelajar UIA yang menjalani pembedahan LASIK

Dia mengalami fotofobia dah terpaksa membeli cermin mata hitam

Tapi bukan semua akan alami masalah ini. Ia cuma sementara

9 Respons leave one →
  1. 2009 Mac 6

    Menarik ni En.C ! Memang kebanyakkan kepakaran/perubatan dalam negara kita kosnya jauh lebih rendah.Cuma persepsi keyakinan rakyat terhadap pakar-pakar tempatan yang menyebabkan rakyat tempatan sendiri mencari kepakaran luar. Kena betulkan ni. Kena promosi lebih sikit.

    Kakak aku tanggal cermin mata nak cari cermin mata pun tak jumpa….boleh syorkan ni… :-)

  2. 2009 Mac 7

    aku bleh dop wat?

  3. 2009 Mac 7

    tak suka operation…
    lagi sanggup pakai specs and contact lens…
    :D

  4. 2009 Mac 10
    azuaries permalink

    sebaliktabir >>

    Beto kata kamu tu. Teknologi perubatan kat Malaysia mmg dah maju, kepakaran yang kita ada cukup unutk membantu.

    Oh, bagus, sesuai untuk orang yang power mata tinggi.

    Jepah >>

    Helo!!! Mung xda power mata. Tak perlu ye!

    Liyana >>

    Terpulang kepada kamu untuk buat pilihan
    Pakai spek cantik ape..:P

  5. 2009 April 14
    saffiah permalink

    Salam,

    Takde ke di KL yg murah ? Sbb tinggal di Nilai, berminat nak buat tapi nanti rabun balik or kekal sembuh ? Thanks.

  6. 2009 Julai 20
    Wan permalink

    Nak tanya?

    Prosedur utk dapatkan rawatan lasik di UIA?

    Ada contact person?

  7. 2009 Julai 27
    zue permalink

    sy pn berminat..camne nak contact..sy syik pkai kontek len je..jrg sgt pkai spek..smpai dry mata2..

  8. 2009 Oktober 10
    zai permalink

    kalau buat lasik operation ni..lepas 2 penglihatan ok ke.. maksudnya
    rabun 2 berulang lagi tak..kene buat check mata untuk beberapaa tempoh
    atau macammana

  9. 2009 Oktober 10
    saffiah permalink

    Salam :

    Saya dah sebulan lebih buat pembedahan lasik di Optimax TTDI, kos RM6,000 lebih sikit utk pembedahan custom (100%) guna laser. Ini ada promosi kalau tidak lebih lagi. Alhamdullilah, sekarang tak perlu pakai kacamata lagi, ada guarantee seumur hidup, jika rabun balik operation kali kedua for free dgn syarat buat check-up setahun sekali di Optimax. Dah 30 thn pakai cermin mata, so sekarang rasa lega sangat terutama bila travel tak perlu fikir kat mana nak letak spec bila ambil wudhu’ dan tak perlu risau jika tertidur spec terhempap atau sebagainya. Utk sahabat yg ingin buat pembedahan bolehlah layari website Optimax dan baca sendiri…

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS